Assalamualaikum semua ! Bismillahirahhmanirahim…

 

Haaaa ingat lagi tak tentang gambar dekat atas tu ? Ingat takkkk ? Hihi saya la mieyabubbletalk yang ‘blurp blurppp blurppppp’ ituuuu 😛 Rindunyeeeee nak blogging balik ! Tapi nak type entry ni pon terkial-kial, sebab dah lama tak menaip entry kan. Wuuuu.

Oh ye, sekarang dah takde lagi dah mieyabubbletalk, sekarang ni mieyashafee pulak. Hihi. Mieyashafee ni wujud pun sebab dapat hadiah domain & hosting dari someone special sempena hadiah hari jadi 7 Mac hari tu. Surprise dari si dia, suruh blogging balik. Terima kasih Mohd Izzat ! 🙂 Mesti ramai yang tertanya-tanya, kenapa delete mieyabubbletalk macam tu je kan? Maybe sebab busy sangat dengan study waktu tu, takut blog terabai, so terminate terus. Dan ada lah jugak sebab lain. Tapi sekarang bila fikir balik, menyesal pulak.

Sejak tinggalkan dunia blogging ni, macam² terjadi dalam hidup aku. Tak kira lah dari segi diri sendiri, hal peribadi, study dan macam² lagi lah. Pada yang tahu tu, tahu lah. Pada yang tak tahu tu, buat² tahu je la eh. Wuuu.

 

Aku jatuh, aku tersungkur, aku menangis, aku bangun, aku berjalan macam biasa. Semua tu ajar aku untuk jadi kuat, jadi tabah, dan mengajar aku apa itu erti hidup. Apa yang kita ada, tak semestinya akan terus ada sampai bila² kan? Alhamdulillah, aku diberi kekuatan dan berjaya harungi semua tu. Dan syukur alhamdulillah, Allah gantikan dengan seseorang yang lebih baik. Permulaan baru, untuk aku, untuk dia. InsyaAllah dia yang terakhir bagi aku. Doakan kami 🙂

Hamboiii kemain mula² tadi cakap terkial-kial menaip tapi panjang jugak entry ni kan? Muehehe. Oh btw blog ni belum 100% siap lagi. Edit mana yang sempat je. Okay lah jumpa lagi di entry seterusnya. Doakan aku rajin blogging balik macam dulu. Hihi byeeeee !