Hari ni hari Rabu. Esok Khamis. Lusa Jumaat. Aaaaaaaa nervousnyeeeeeeeee nak tempuh hari Jumaat tu !

Result result result. Rasa macam awal pulak result final keluar untuk sem ni. Rasa macam baru je lagi tempuh hari² stress, struggle study, nangis sebab study tak masuk, tidur 3 4 jam je. Tup tup Jumaat ni result nak keluar. Maybe sebab cuti sem kali ni agak lama tu yang rasa cepat je masa berlalu kot.

Harap sangat result nanti okay. Harap sangat dapat tebus balik kesilapan sem lepas. Harap sangat dapat kekal pointer. Harapppppp sangattttttt ! Serious takut. Bila fikir balik apa yang aku jawab masa final exam, bila fikir balik carry mark, bila fikir balik semua benda berkaitan final buat aku risau sangatttt. Belum lagi fikir perasaan bila dapat notification email untuk result nanti. Wuuuu Ya Allah, mintak² la result nanti okay macam yang aku harapkan. Amin.

Untuk kawan² yang dah ambik MUET hari tu, result keluar Khamis kan? Mesti korang lagi double berdebar kan. Yela, Khamis result MUET keluar, Jumaat pulak result final keluar.

Apapun, good luck classmates, good luck kawan² tersayang, good luck UiTM-ers, and good luck untuk sumorang yang ambik result nanti ! 😀