Hai !

Rasa serba salah pulak sebab dah mengabaikan blog. Wuuu bukan sengaja, tapi sejak akhir² ni tersangatlah busy.

Rasanya dah ramai yang tahu student diploma tengah cuti sem kan? Ye, aku tergolong dalam golongan tersebut. Cuti sem 2 bulan. Lama gila kan? Masa awal² cuti dulu, memang duduk rumah je takde buat apa sangat. So daripada takde buat apa duduk rumah goyang kaki, maka aku decide untuk mempersiapkan diri dari segi fizikal dan mental untuk berkerja. Ceh ayat dari segi fizikal dan mental tu macam hape je kan 😛

Semalam aku dah start kerja. 1st day kerja yang sangat memenatkan ! Serious tak tipu. Sampai balik kerja je terus pening kepala. Maybe sebab semalam hari Ahad, lepas tu customer ramai, tu yang penat sangat tu. Tapi, aku sangat² suka dengan kerja aku sekarang. Manager sporting gila, kakak² dekat kedai pun perangai gila²,  doakan je lah aku tak gila kerja dekat situ. Haha. Dan aku pekerja yang termuda dekat situ, so rasa dimanjakan lah 😛

Pejam celik pejam celik nak dekat sebulan dah cuti sem ni. Dan dengar cerita result final pun nak keluar tak lama lagi. Kalau cakap pasal result, serious dup dap dup dap. Bila fikir balik apa yang aku jawab masa final hari tu, hmm entah lah. Ada yang okay, dan ada jugak yang tak okay. Tapi apapun, aku dah buat yang terbaik, dan harapannya result nanti sama macam apa yang aku harapkan. Amin. InsyaAllah.

Ni je kot dulu untuk entry malam ni. Sorry dah nama pun random update so entry pon macam rojak je lah menaip ikut sesedap rasa dan sesedap hati. Hihi. Nanti ada masa aku curi² update lagi ye? Bye semuaaaa ! :)