Em em sebenarnya kan entry ni kan entry minggu lepas punya kan, tapi kan disebabkan kita busy konon-konon nya kan, hari ni la baru kita berkesempatan untuk update blog T__________T

Oh hai kita sekarang dah masuk semester baru, iaitu semester ke 5 which is my last semester ! Rasa macam kejap betul masa berlalu tiba-tiba dah last semester. Tak sangka dah 2 tahun jugak lah aku study dekat sini.

Untuk sem ni ada 6 subjects, mostly core and killer. Dan yang aku rasa betul² killer adalah subject ENT. ENT ni dah start belajar sikit², tapi kan aku rasa kan macam susahnyewwwwwww 🙁  Dan sem ni aku ambik MUET. Tak sampai sebulan lagi pun exam MUET tu. Wuu.

Homesick? Jangan cakap. Tak sampai seminggu duduk sini memang dah homesick teruk. Maybe sebab dah lama sangat duduk rumah time cuti tu kan, tu yang mengada-ngada homesick tu. Nasib baik hari Sabtu lepas tu ada modul, kalau tak memang dah selamat sampai rumah. Tapi kan sebenarnya minggu ni dah selamat sampai rumah pon. Baru 2 minggu dekat sini dah balik rumah. Hihi 😛

Alhamdulillah, sem ni tak ada class hari Jumaat, sama macam sem lepas. Tapi, ada 1 class malam. Wuu. Disebabkan tak ada class Jumaat kan, so kemungkinan untuk balik tiap-tiap minggu kalau tak ada aktiviti adalah sangat tinggi nampaknye 😛

Harapan untuk sem ni sama je macam sem² lepas. Sem ni memang tak boleh nak main-main lagi dah, kena struggle lebih untuk maintain CGPA. Dan harapannya, segala assignment, test, quiz dan jugak final exam nanti dipermudahkan. Amin 🙂