Assalamualaikum semua. Wahhh sekejap je rasanya masa berlalu. Tup tup dah nak puasa dah. Kejap betul. Wuuu.

Syukur alhamdulillah, masih diberi peluang untuk bertemu dengan bulan Ramadhan tahun ini. Dan alhamdulillah, masih berkesempatan untuk bersahur dan berbuka hari pertama puasa bersama family tersayang. Bukan senang orang diperantauan dapat bersahur dan berbuka sama-sama dengan family especially hari pertama puasa. Eceh.

Tahun ni adelah puasa yang terakhir aku as a student diploma dekat UiTM since ni adelah last semester. Bila dah masuk puasa ni, maknanya makin dekat jugak lah dengan final exam. Lebih kurang 2 bulan je lagi. Dah boleh nampak dah bayangan hari-hari stress dalam masa terdekat T___________T

Tak ada apa sangat yang aku harapkan untuk Ramadhan kali ni. Cuma aku harap segala urusan dan hal-hal akan datang dipermudahkan, sama ada yang dah dirancang mahupun tak. Dan berharap jugak ada kemajuan positif untuk diri sendiri untuk masa akan datang. Amin. Hihi. Dan andai nya ini adalah Ramadhan yang terakhir untuk aku, bagi lah aku peluang dan kesempatan untuk buat sehabis baik. Mintak maaf atas segala ketelanjuran kata dan perilaku sama ada sengaja atau tak sengaja ye?

Selamat menyambut bulan Ramadhan dan selamat berpuasa sumoranggg ! Moga Ramadhan kali ni membawa seribu satu keberkatan dan kebaikan kepada kita semua. InsyaAllah :)