Alhamdulillah… Sedar tak sedar kita dah sampai ke penghujung bulan Ramadhan. Serious rasa kejap betul masa berlalu. Mood raya pon tak ada lagi ni >.<”

Tahun ni adalah semester akhir aku dekat UiTM, dan sekaligus jugak Ramadhan terakhir dekat UiTM. Ingat lagi kenangan masa mula² masuk UiTM dulu, semester pertama dah kena puasa jauh dari family. Time tu sedih jugak la sebab first time bersahur dan berbuka tanpa family, ada kawan² je. Tapi sekarang ni tak rasa sedih dah. Best apa dapat bersahur dan berbuka dengan kawan² dan family sekaligus. Hihi.

Disebabkan semester ni adalah semester akhir kitorang berpuasa dekat UiTM sebagai student diploma, maka kitorang plan nak berbuka secara beramai². Plan ni pon last minit sebenarnya. Esok nak berbuka sama², tapi hari ni baru berbincang pasal plan tu. Tapi sebenarnya plan last minit ni selalunya adalah plan yang terbaik ! Walaupun secara tetiba menu yang kami sangka nasi beriyani telah bertukar ke nasi putih secara magic nya, tapi tu semua sikit pon tak menghalang kitorang untuk berbuka beramai-ramai secara happy ! Hihi.

Btw gambar time berbuka ramai² ni tak banyak pon. Time ni tak ada camera untuk ambik gambar. Mengharap belas ihsan dari kawan² yang ada camera je T_____________T

 


<

JIM 1101D – JIM 1105D

Tinggal lebih kurang 2 bulan je lagi. 2 bulan je lagi untuk kita bersama-sama. Haish rasa macam sekejap betul tempoh masa 2 tahun setengah ni. Sedih sebab last sem bersama, tapi dalam masa yang sama tak sabar nak habis belajar ! 😀 Semoga semua urusan kita untuk last semester ni dipermudahkan. Amin.