Month: September 2012

Final Exam. Final Semester

Debaran kian terasa. Fuh !

Cepatnyaaaaaaaa masa berlaluuuuuuuuuuuuuuuu ! Tak tau kenapa rasa cuak sangat final kali ni. Sebab final semester mungkin? Dah nama pun final semester, mesti lah result final kali ni penentu segala²nya, penentu arah tuju untuk degree nanti dan semestinya salah satu cara untuk balas separuh jasa Mama & Abah. Nak balas semua jasa aku rasa aku belum mampu lagi T_________T

Aku tahu, Mama & Abah letak harapan yang sangat tinggi dekat aku. Aku tahu. Dan sebab tu, aku berharap sangat aku dapat capai harapan tu untuk final kali ni. Walaupun aku rasa sem ni agak susah sikit dari sem² lepas, tapi insyaAllah, aku akan cuba sehabis baik, cuba selagi mana yang aku mampu. InsyaAllah.

 

Only few weeks left. Few weeks before I leave my diploma studies. Few weeks before everything come to an end. Few weeks for me to struggle for my future. So Mieya, please, gather all your strength, be strong, be positive and never give up. And the most important thing, be fully prepared and say no to last minute study. Okay?

 

Mama… Abah… I will make you proud, insyaAllah. Hold on and bear with me. I’m trying very best here. Please pray for me. Pleaseeeeeeee. I love both of you.

Ya Allah, please make everything flow smoothly and easily for me.  But if it’s hard, please give me strength.

Peeps, pray for me. For my success.

🙂

 


Semua Tentang Kita

 

 

Semester 1 – Semester 5 , JIM 1101D – JIM 1105D.

2 tahun setengah bakal berlalu dengan suka, duka, gembira, gelak tawa dan macam-macam kenangan lagi. Lepas ni masing-masing dah bawak haluan masing-masing. Sorang kesana, sorang kesini. Sorang disana, sorang disini. Kalau nasib baik, dapat lah jumpa lagi time degree nanti. *Eh ni bukan pantun T___________T*

21 days to go. Then, I will leave.


Aidilfitri 2012

Hai !

Dah raya hari yang ke-15 baru nak update entry pasal aidilfitri? Tertinggal kereta api betul Mieya ni. Busy macam wanita bekerjaya pulak, padahal takde la bekerjaya mana pun ye dak? Yela², ni nak update la niiii.

Raya tahun ni biasa-biasa saje. Biasa-biasa tu termasuklah dari segi persiapan raya, semangat raya dan segala-galanya yang berkaitan dengan raya. Eh kejap, persiapan raya tu rasanya tersangat luar biasa dari tahun-tahun sebelumnya. Tersangat luar biasa kat sini bukan maksud shopping secara over, tapi boleh dikatakan shopping yang sangat minima. Kih kih kih. Kemain ajak Abah bawak shopping pergi sana pergi sini, last² balik tangan kosong jugak. Barang² raya tak dapat, penat yang dapat. Bukan setakat dapat penat je, kene bebel pon dapat jugak. HAHA.

Eh tapi serious raya tahun ni feel dia memang lain macam sikit, macam tak rasa nak raya pon ada jugak. Mana tak nya, sehari sebelum balik cuti raya ada test, lepas cuti raya pon ada test. Konon risau lah pasal test dan assignment lepas raya tu sampai nak beraya pon tak de feel, tapi sentuh buku tak jugak. Bawak je balik buku² dan assingment dalam beg, jangan kata sentuh, jengah pon tak T____________T

Raya Pertama

Makanan wajib pagi raya 

Harta yang paling berharga dunia akhirat. Takkan ada tukar ganti.

Raya Kedua

Raya Ketiga

Time ni konvoi 4 kereta pegi Melaka. Besttttttt ! Sebab dapat rasa suasana kampung. Ye, aku takde kampung. Sedih tahu tak dapat nak rasa perjalanan jauh balik kampung apa semua macam orang lain. So dapat menumpang kampung orang pon jadi lah. Wuuu.

Rumah dikelilingi sawah padi. Serious best ! Tenang je rasa bila tengok keliling hijau je 🙂

Cousins

Nampak nau excited. Hihi.

Dah terserlah ciri² keibuan dah kan? *cough cough* 😛

Ni je lah satu-satunya entry aidilfitri untuk tahun ni. See, kan dah cakap raya tahun ni biasa-biasa saja.

Oh. Dah masuk bulan September. Tinggal sebulan je lagi nak final. Tapi pasal final kita ketepikan sekejap. Highlight pasal test dan assignment. Ada 7 assignments dan 4 test dalam masa 3 minggu. Ye, 3 minggu untuk settlekan 7 assignment dan 4 test. Bayangkan lah sendiri macam mana stress dan tertekan nya hidup dalam masa 3 minggu ni T________________________T

Dah la entry tertinggal kereta api, lepastu gabung sekaligus raya pertama sampai raya ketiga dalam satu entry. Lepas tu lagi tajuk entry ‘aidilfitri 2012’, tapi dah tergabung sekali dengan cerita stress dengan test dan assignment ni kenapa? HE HE HE >.<”

 

The end.