Month: November 2012

Durian Crepe

Durian crepe… Durian Crepe… Durian Crepe… *ngigau*

Tetiba je durian crepe ni menjadi sebutan dan kegilaan ramai. Sana-sini orang upload gambar durian crepe. Masa first time nampak gambar tertanya-tanya jugak ape benda la durian crepe ni. Sampai lah satu hari aku ternampak link orang yang jual durian crepe ni, ape lagi cepat-cepat la aku click link tu untuk order. Paling best, siap ada delivery service sampai ke depan pintu rumah lagi tau !

Akhirnyaaaaaaaaa ! Setelah sekian lama tengok gambar yang orang upload je, dapat jugak aku merasa durian crepe ni. Hihi. Seriously, durian crepe ni sangat-sangat-sangat-sangat-sangat-sangat sedap ! Lagi-lagi hantu durian macam aku ni, confirm lah suka semua benda yang berkaitan dengan durian kan?

Gambar kat atas durian crepe dari 2 orang yang berbeza. Yup, dah 2 kali aku merasa. Hihi. Saje je order dari orang yang berbeza, dapat jugak rasa perbezaan. Ngeh ngeh. Dan dari gambar pun korang boleh tengok yang kedua tu lagi nampak yummy dan berisi kan? Cream dia lagi banyak, dan yes lagi sedap ! Sangat berbaloi dengan harga.

Sangat lembut dan sedap dimakan. Serious tak tipu ! Lagi sedap kalau makan time sejuk. Tak percaya? Cepat-cepat beli dan rasa sendiri sebelum musim durian habis ! Hihi šŸ˜€


Wordless Wednesday #3

 


Final Semester Result

Assalamualaikum šŸ™‚

Lamanya aku tinggalkan blog ni haa. Paling latest 10/11, kedua yang sangat-tak-latest 28/9, tu pun bercerita pasal final exam. Tup tup sekarang dengan entry final semester result pulak? Dasar pemalas Mieya ni T_____________T

Okay berbalik pada tajuk entry. Jumaat, 9/11, (jangan tanya kenapa hari ni baru nak update entry sebab jawapan dah ada dekat atas) hari result final untuk student diploma UiTM keluar. Macam biasa, studentĀ² semua berdebar tunggu e-mail dari UiTM. Malam tu memang masing2 dah rancak update pasal result. Aku? Duduk diam-diam scroll timeline twitter lepastu RT manaĀ² yang patut je. Haha cuak punya pasal sampai tak berani nak cakap apa-apa dah. Dan malam tu, aku dah cakap dengan diri sendiri supaya tawakal, dan apa pun result aku nanti, aku redha. Cuma aku harap sangatĀ² tak kecewakan Mama Abah. Tu je.

Bukak email, tengok result, automatik mengalir air mata. ALHAMDULILLAH SYUKUR ! Terus pergi dekat Mama Abah yang tengah tidur, aku terus peluk and kiss Mama Abah sambil bagitau result. Tau apa rasa bila parents ucap tahniah dekat kita sambil peluk atas kejayaan kita? Satu rasa yang tak ternilai, BAHAGIA.

Dulu masa SPM, aku menangis kecewa sambil dipeluk untuk hilangkan kekecewaan aku. Tapi kali ni, aku menangis sambil dipeluk sebab kejayaan aku, yang dorang harapkan masa awalĀ² aku masuk UiTM dulu. Aku rasa bertuah sangat sebab dikurniakan seorang Mama dan Abah yang sangat memahami anak-anaknya, Mama dan Abah yang bukan memarahi kami adik-beradik bila kecewa dan gagal, tapi Mama dan Abah yang sentiasa memberi galakan dan semangat untuk kami terus bangun untuk capai kejayaan. Bayangkan, aku dipeluk disaat aku terjatuh, dan dipeluk juga disaat aku berjaya. Apa lagi yang aku perlu buat selain menghargai segala pengorbanan dan kesetiaan mereka dengan berbalaskan kegembiraan dari hasil usaha aku sendiri?Ā Mama… Abah… Mieya dah berjaya tebus balik kekecewaan Mama dan Abah kan? Mama Abah dah tak kecewa dengan Mieya lagi kan?Ā *kesat air mata*

Alhamdulillah, target aku untuk dapatkan Dean List untuk semester akhir ni tercapai, malah jauh lebih baik dari yang aku target. Alhamdulillah. Ingat lagi pesan Mama setiap kali nak final, “belajar betulĀ², jangan mainĀ², dapatkan Dean List, nanti yang senang Kak Long jugak bukan orang lain”. Cuma aku terkilan sikit sebab target aku masa sebelum masuk UiTM dulu, aku nak dapatkanĀ Anugerah Naib Canselor. Tapi disebabkan kecuaian diri sendiri masa semester 3, pointer aku hanya 3.48, kurang 0.02 je dari Dean List, target aku tu tak tercapai. But then bila difikir balik, ada hikmahnya semua ni. Dapat Dean List untuk semester akhir ni pun dah cukupĀ² bersyukur dah. Serious, semester akhir ni adalah semester yang agak complicated untuk aku kalau nak dibandingkan dengan semesterĀ² lain. Alhamdulillah šŸ™‚

Maka dengan itu, tamat lah sudah perjalanan sebagai seorang pelajar diploma, tamat lah sudah segala kenangan sepanjang 2 tahun setengah di UiTM Segamat. UiTM Segamat, thanks for the memories. You will be missed !

 

Abah, terima kasih sebab sanggup bersusah-payah ambik Kak Long setiap kali Kak Long nak balik rumah, hantar Kak Long balik ke UiTM dari rumah, especially masa semester 1 sampai lah semester 3. Tiap kali Kak Long nak balik, Abah akan bertolak ambik Kak Long lepas waktu kerja, sampai dekat Segamat dalam pukul 10/11 malam. Lepas tu sampai rumah dalam pukul 2/3 pagi, lepastu awal pagi esoknya Abah pergi kerja balik. Mesti Abah penat kan? šŸ™ Terima kasih jugak sebab bagi Kak Long duit belanja, belikan Kak Long topup setiap kali kredit habis, tunaikan apa yang Kak Long nak, terima kasih untuk semuanya, Abah. Kak Long harap result kali ni dapat tebus balik penat dan pengorbanan Abah untuk Kak Long walaupun sikit.

Mama, terima kasih sebab tak pernahĀ² putus bagi Kak Long semangat untuk terus bertahan selama 2 tahun setengah dekat UiTM tu. Terima kasih sebab Mama selalu ada dengan Kak Long, selalu jadi pendengar setia bila Kak Long ada masalah, selalu bagi kataĀ² semangat, call Kak Long tiapĀ² hari, especially bila Kak Long ada test. Sebelum nak pergi test tu Mama tak pernah lupa untuk call Kak Long. Terima kasih jugak sebab call Kak Long pagiĀ² untuk bangun study dan semestinya, terima kasih untuk doaĀ² Mama.

Adik-adik, terima kasih sebab teman Mama dan Abah bila hantar Kak Long balik Segamat, terima kasih sebab jadi penghibur Kak Long, jadi tempat untuk Kak Long buli. Haha šŸ˜› Belajar rajin2 tau !

Awak, terima kasih sebab selalu ada dengan saya dari mula kita kenal sampai lah sekarang tak kira dalam situasi apa sekali pun. Terima kasih sebab temankan saya study sepanjang final, bagi saya kata-kata semangat bila saya tengah down, doakan saya, terima kasih untuk semuanya.

Alhamdulillah. Terima kasih Abah, Mama, Adik-adik, Awak. Kejayaan ini untuk kalian :’)

 

 

Diploma : Mission completed. The sweetest ending <3

 


Happy birthday, Love !

Today is 10/11/12. And today, someone special in my life is celebrating his birthday.

 

 

 

*drumroll*

 

 

 

Awak, selamat ulangtahun kelahiran yang ke 22. Semoga yang ke 23 nanti, kita diberi peluang untuk sambut bersama. Eh? Haha šŸ˜› Saya doakan semoga awak panjang umur, diberikan kesihatan yang baik, diberkati perjalanan hidup dan semoga kebahagiaan dan kejayaan terus menjadi milik awak.

Awak, maaf sebab tak pandai nak godek2 flash and buat something yang special macam yang awak buat untuk saya time birthday saya hari tu. Saya tahu nak type entry je. Wuuu. Dan, maaf sebab tak dapat nak celebrate birthday awak sama-sama. Tapi nanti bila ada masa, kita celebrate sama-sama eh? So untuk sementara waktu ni, sila anggap entry ni sebagai pengganti diri saya. Boleh kan kan kan? Hihi.

Awak, terima kasih sebab selalu ada dengan saya, jatuh bangun saya, susah senang saya, gembira sedih saya, semuanya awak ada. Terima kasih.

Awak, saya sayang awak !

Lastly, Happy 22th birthday Mohd Izzat !Ā May Allah bless you, and may your birthday be as special as you are special to me in every way ! šŸ™‚ And… happy growing up infront of me ! šŸ˜›

 

Ā Loads of love, happiness and hugs,

Mieya.