Durian crepe… Durian Crepe… Durian Crepe… *ngigau*

Tetiba je durian crepe ni menjadi sebutan dan kegilaan ramai. Sana-sini orang upload gambar durian crepe. Masa first time nampak gambar tertanya-tanya jugak ape benda la durian crepe ni. Sampai lah satu hari aku ternampak link orang yang jual durian crepe ni, ape lagi cepat-cepat la aku click link tu untuk order. Paling best, siap ada delivery service sampai ke depan pintu rumah lagi tau !

Akhirnyaaaaaaaaa ! Setelah sekian lama tengok gambar yang orang upload je, dapat jugak aku merasa durian crepe ni. Hihi. Seriously, durian crepe ni sangat-sangat-sangat-sangat-sangat-sangat sedap ! Lagi-lagi hantu durian macam aku ni, confirm lah suka semua benda yang berkaitan dengan durian kan?

Gambar kat atas durian crepe dari 2 orang yang berbeza. Yup, dah 2 kali aku merasa. Hihi. Saje je order dari orang yang berbeza, dapat jugak rasa perbezaan. Ngeh ngeh. Dan dari gambar pun korang boleh tengok yang kedua tu lagi nampak yummy dan berisi kan? Cream dia lagi banyak, dan yes lagi sedap ! Sangat berbaloi dengan harga.

Sangat lembut dan sedap dimakan. Serious tak tipu ! Lagi sedap kalau makan time sejuk. Tak percaya? Cepat-cepat beli dan rasa sendiri sebelum musim durian habis ! Hihi 😀