Assalamualaikum 🙂

Alhamdulillah… Tu je yang mampu diucapkan sekarang. Hihi. Okay meh baca sikit apa yang terjadi sebenarnya.

Sepanjang perkenalan aku dengan Izzat, kami memang tak pernah jumpa langsung parents mahupun family masing². Ye serious. Kalau ada pun setakat bercerita pasal family masing². Izzat tunjuk gambar aku dekat family dia, aku tunjuk gambar Izzat dekat family aku, kirim salam. Itu je lah. Jumpa memang tak pernah langsung.

Bukan saje² tak nak jumpa, tapi masing² jauh. Izzat dekat Kedah, aku pulak dekat Selangor. Lagi satu sebab risau. Bukan risau ape, tapi risau nanti bila dah jumpa nanti family tak suka ke ape ke kan. Wuuu. Tapi sampai bila nak risau?

3/11/12 – Rancang punya rancang, dan kebetulan Izzat ada dekat Selangor, aku plan bawak Izzat jumpa dengan family. Time ni Izzat punya lah risau dan berdebar. Maklumlah, first time nak jumpa kan. Hihi. Tapi dalam risau dan berdebar tu, seharian jugak dia bersama dengan family aku, dari pagi sampai ke malam. Aku ada update gambar dekat entry ni 🙂

Izzat dah boleh tarik nafas lega dah lepas jumpa dengan family aku. Tak payah nak risau² ape dah, sebab semuanya okay. Sekarang tinggal aku je la yang belum jumpa lagi dengan family dia. Wuu T__________T

30/11/12 – Turn aku pulak risau dan berdebar. Time ni pun kebetulan Umi Izzat dan Izzat ada kerja dekat Selangor. Dan Izzat bawak Umi dia datang rumah. Time ni jangan cakap lah berdebar dia macam mana. Takut + risau + gemuruh semua bercampur. Sambil tunggu Izzat sampai tu, aku tak boleh duduk diam. Siap mengadu dengan Mama lagi cakap takut la ape la. Mama pulak sengih² je sambil suruh aku baca doa banyak². Tapi perasaan berdebar semua tu jadi lega yang teramat sangat lepas dah jumpa Umi dia. Alhamdulillah ! Semuanya okay ! 😀

 

Umi 🙂

Family 🙂

Tapi time ni, tak semua family ada sebab hari kerja kan. Lagi pun memang tak plan langsung nak jumpa ni. Last minit punya plan. Hihi. Lepas jumpa Umi Izzat, ada lah jugak kami berhubung melalui msg. Wahh ada kemajuan disitu. Haha. Sebelum ni tanya khabar pun melalui Izzat je.

Time ni speechless sangat ! Bukan aku je yang speechless, Izzat pun ! Yela, ni first time kami ber’msg’. Tapi nampak gaya macam dah lama kan? Alhamdulillah… 🙂

Okay sekarang aku dengan Izzat dah boleh tarik nafas lega dah. Tak ada benda nak risau lagi dah. Hihi. Eh tapi belum habis lagi. Ada lagi yang terjadi. Dan lagi sekali, ini pun last minit punya plan. Ye ye, kitorang ni memang selalu terjerumus dalam last minit punya plan. Memang tak pernah nak plan awal².

11/12/12 – Pertemuan di antara dua family. Time ni Izzat cakap nak datang 1 kereta je. Dia, Abah, Umi dan adik dia. Sekali Izzat BBM bagitau datang 2 kereta. Haaa hambekkkk. Gelabah semua time tu. Mama la paling gelabah, risau makanan tak cukup. HAHA. Meriah rumah dengan family, kawan² dan dan pekerja dia. Dan kali ni, datang dengan membawa hajat. Ececeh. Hihi.

Ini pun last minit beli masa dorang otw nak ke rumah. Cincin pilihan Umi mengikut gerak hati Umi sendiri 🙂

Menyarung cincin sebagai tanda dah di’booking’  😛

Dulu saya hanya ada Mama, tapi sekarang Allah anugerahkan saya seorang Umi 🙂

Family <3

Kini kami selangkah kehadapan. Benda yang paling kami risau dulu, tak perlu dirisaukan lagi dah. Syukur Alhamdulillah, Allah permudahkan urusan kami dalam masa yang sangat singkat, hanya dalam masa 10 bulan hubungan kami. Ye, masih jauh lagi perjalanan kami, dan harapannya segala urusan kami di masa akan datang akan dipermudahkan seperti mana urusan kami yang sebelum ini dipermudahkan. Dan semoga kami kuat menempuh segala cabaran dan dugaan yang bakal mendatang. Amin.

I can’t wait for the day when our long distance relationship turns into just ‘relationship’ ^.^ <3