04.02.12 – 04.02.13

HAPPY 1st ANNIVERSARY MY LOVE ! 

 

Awakkk… Maaf, ini je yang saya mampu buat untuk 1st anniversary ni. Saya tahu ianya tak seberapa, tapi ikhlas dari saya untuk awak. Maaf lerrr sebab buruk, maklum lah, saya ni bukan berseni orangnya. Tapi at least saya cuba senikan diri untuk awak. HAHA.

Takda apa yang saya nak cakap selain terima kasih untuk setahun yang sangat bermakna ni. Setahun yang penuh dengan warna-warni, ada suka dan duka, tapi kita masih mampu hadapi semua tu sama-sama. Alhamdulillah, banyak benda yang kita sama-sama belajar, banyak benda yang sama-sama kita lalui, yang nyata dah mengajar kita untuk jadi lebih kuat, lebih tabah dan lebih sabar.

Terima kasih kerana menjadi yang terbaik dalam hidup saya. Terima kasih kerana menjadi kawan biasa, kawan baik, abang, bf, pendengar setia dan teman terbaik untuk saya. Terima kasih ! :)

Doa saya semoga rasa yang ada ini selalu bersama kita selamanya. Dan semoga  satu hari nanti kita akan bersama selamanya, saling mencintai, saling hormat-menghormati, saling menerima dan memberi, saling mencari dan berkongsi rezeki, saling memahami, saling menghargai, saling mengingatkan, saling membetulkan, saling memaafkan, saling kuat & tabah, saling membahagiakan, saling menggembirakan serta saling mendoakan dunia akhirat. Amin. InsyaAllah.