Assalamualaikum ! :)

Alhamdulillah, keputusan permohonan degree dah keluar. Penantian penuh debaran dan kerisauan selama beberapa bulan dah terjawab.

Alhamdulillah. Masih diberi peluang untuk sambung belajar. Paling best, dapat dekat tempat yang sangat-sangat diinginkan selama ni. Time diploma dulu dah merasa duduk di negeri orang, so time degree ni dapat dekat negeri sendiri ni bersyukur sangat sebab dekat jugak lah dengan rumah. Mama dengan Abah pon happy jugak sebab dapat dekat Puncak Perdana. HIHI.

Sekarang ni tengah busy settle kan urusan-urusan untuk degree ni. Xray, medical check up, yuran alhamdulillah semua dah settle. Tinggal sikit je lagi nak kena uruskan lepas tu boleh la tarik nafas lega.

Kadang-kadang rasa macam dalam dilema. Dah bersedia ke aku nak sambung belajar, nak tempuh stress, nak mengadap assignment dan test. Dah bersedia keeeeeee mampu keeeeeeee? Haish rasa berdebar pon ade jugak ni haaaa T_____________T

Bila dah nak menapak ke alam degree ni, teringat kenangan-kenangan masa diploma. UiTM Segamat, classmates, kawan-kawan, lecturers dan semuaaaaaaa kenangan dekat sana. Serious rinduuuuu ! Kepada classmates dan kawan-kawan yang dapat sambung belajar tu, tahniah korang ! Yang tak dapat tu, jangan putus asa. Cepat-cepat buat rayuan. InsyaAllah, masih ada peluang, bersangka baik dengan Allah :)

UiTM Puncak Perdana, please be nice to me like how UiTM Segamat did. Semoga semua urusan dipermudahkan. InsyaAllah.