Assalamualaikum ! :)

Dah seminggu lebih dekat UiTM Puncak Perdana, baru sempat update. Almaklumlah, busy konon-kononnya. Hihi.

Pendaftaran untuk student baru degree pada 2hb Mac. Sebelum 2hb Mac tu, kitorang sebenarnya dah kaji banyak benda especially pasal kolej. Dalam surat tawaran, memang dia tulis kolej tidak disediakan. Gelabah jugak la awal² tu sebab kalau boleh memang nak duduk kolej. Taknak duduk luar. Lepas tu dengar cerita kolej disediakan tapi terhad untuk yang terawal je. Sebenarnya, nak dijadikan cerita, kitorang dah pun pilih housemates sendiri before hari pendaftaran tu. Semangat takkkk? Haha. 4 orang dari UiTM Segamat, 4 orang dari UiTM Merbok.

Pagi 2hb Mac tu lebih kurang pukul 7 pagi masing² dah terpacak dekat UiTM Puncak Perdana, berkumpul sesama. Yela, nak rebut kolej punya pasal kan. Alhamdulillah, dapat jugak duduk kolej, dan paling penting dapat housemates seperti yang telah dirancang. Isi borang, daftar, hantar borang², ambik kunci lepas tu terus semangat nak tengok bilik. Sekali hambek kauuuu, dapat bilik tingkat 5, tingkat paling atas sekali. HAHA. Jenuh la nak mengangkat barang² ke tingkat 5. Nasib baik la ada askar² yang baik hati nak tolong angkat barang. Okay meh la tengok gambar. Malas pulak nak type panjang² >.<

Muka budak kene bangun seawal 4 pagi.

Housemates ! Belah kiri dari Segamat, belah kanan dari Merbok. Oh gambar disitu kurang seorang yeee.

Ruang tamuuuu ! Besar gila okay ruang tamu ni.  Dah macam dekat rumah dah haa.

Fyi, kat sini kitorang panggil rumah. Aku pun tak tahu kenapa. Layankan je lah. Dalam rumah ni ada 3 bilik. 2 bilik untuk 2 orang dan satu bilik untuk 4 orang. So total serumah ada 8 orang. Dan ada 2 toilet. Satu benda je aku tak puas hati, air dekat sini sangat kecik ! Kalau dua² toilet guna serentak, harapan lah nak dapat merasa air besar². Kadang² air tak keluar langsung okay. Maybe sebab kitorang dekat tingkat 5 kot.

Ruang untuk sidai baju.

Aku dapat bilik untuk 2 orang. Bilik ni besar dan sangat selesa !

Bilik yang aku dapat ni, meja study dia dekat dalam bilik. Best sikit nak study. (Study la sangattt) Hihi.

Pemandangan dari bilik. Tu lah fakulti aku. Ye, kolej dengan fakulti tersangatlah dekat. Kat sini, kalau bangun pukul 7.30 pagi pun sempat lagi nak pegi class. Kalau dekat Segamat, jangan harap lah sempat.

Tempat letak pinggan mangkuk. Dan stok makanan !

2 orang hero saya ! :)

Ni lah askar² yang tolong angkat barang² naik ke tingkat 5 ! Tanpa askar² ni, jenuh la nak ulang alik naik tingkat 5 tu. Haha terima kasih korangggggg ! 😀

Dan terima kasih Mohd Izzat sebab sanggup datang dari Kedah semata-mata nak hantar saya pegi UiTM 😉

Memperkenalkan housemate, roommate, katilmate, kekembamate, classmate, coursemate dan segala jenis mate yang ada, Syuhadaaaaaaaaa ! Hihi. Dia lah orang pertama yang aku jumpa waktu 1st day diploma dulu, dan masih bersama-sama dengan aku sampai lah sekarang :)

Maka, bermula lah chapter baru dalam hidup. Degreeeeeeeee ! Semoga segala urusan dalam chapter baru ni dipermudahkan dari awal hingga akhir nanti. InsyaAllah. Goodluck Mieyaaaaaaaaaaaa ! 😀