T_________________________T <— Menunjukkan betapa sedihnya keadaan dekat sini.

Tahu tak, Isnin pagi hari tu bangun² nak mandi nak pergi class tapi housemates bagitahu takde air. Kitorang yang masih blur² ni pun berfikiran positif. Mungkin air takde ni sekejap je kot. Paling² sampai petang. Ye, pagi tu memang kitorang pergi class tak mandi. Haha tabah gila pergi class tak mandi. Nasib la masing² ada stok air sikit so boleh la buat untuk cuci muka dan guna untuk ape² yang patut.

Malangnya, balik class air still takde lagi. Time ni memang dah kecewa dah. Lagi² aku yang tengah ‘bulan jatuh ke riba’ ni. Aku perlukan air yang banyakkkkkk ! Mengadu dekat Izzat, buat ayat sedih sikit, lepas tu Izzat suruh mandi dekat office dia je. Nanti kawan dia tolong ambik. Haha mengade Mieya ni ! Nasib office dia dengan UiTM Puncak Perdana ni jarak 1km je. Tahu tak perasaan happy nak mandi tu macam mana ? Happy gilerrrrrrrrrr !

Botol kosong untuk refill air.

Balik dengan berbotol-botol air. Siap beli 2 kotak air mineral yang botol besar tu. Sebab dapat rasa air takde dalam tempoh masa yang lama. Rasa nak pitam jugak time angkat botol² ni naik tingkat 5, dah la belum makan pape lagi time tu.

Isnin, 11.30pm. Lori air Syabas datang. Ramai giler yang beratur time ni. Ada dua trip, lagi satu pukul 1.30am. Tapi memang tak lah aku nak beratur panjang² camni kan T___T

And guess whattttttt ? Ternyata perasaan air takde dalam tempoh masa yang lama itu betulllllll ! Hari Selasa, air still takde lagi. Nasib hari Selasa tu class petang. Dan nasib baik lagi, ade lori Syabas datang hantar air. Dan nasib baik lagi dan lagi, time ni ramai yang pergi class. So tak perlu lah kitorang nak beratur panjang² ! Yayyyy !

Pekerja part time Syabas yang baru mula berkhidmat pagi semalam.

Ikutkan hati nak je mandi dekat sebelah lori air Syabas ni T______T

Happy² jugak dapat air, tak payah beratur panjang², tapi faham tak perasaan penat mengangkat air dalam baldi ni naik tingkat 5 macam mana? Kalau botol air okay lagi, ni baldi. Terbuka. Dari bawah full je air dalam baldi tu. Sekali sampai tingkat 5 air tak sama banyak macam masa kat bawah. Sebab banyak tumpah sepanjang naik tangga tu. Haha.

Tiap kali bangun pagi mesti berharap air ada, tapi masih sama. Hari ni Rabu, dah masuk hari ke-3. Kecewa. Segamat tak pernah buat aku rasa sekecewa ini. Serious. Dulu kat Segamat kalau takde air, dorang bagi notis awal² suruh tadah air. Kadang² kitorang dah tadah banyak air, tapi air ada je. Ahhhh, rindu Segamat !

“Amboii muka tak mandi pon cung. Ahaha” – Wafaa, 2013.

So maknanya tak nampak lah kan yang kitorang tak mandi? Nampak macam dah mandi je kan? Fuhhh lega nya rasa. Sebab sampai sekarang (3.51 pm), kitorang still tak mandi lagi. Wahahaha.

Nak air nak air nak airrrrrrr ! Nak mandiiiiiiiiii ! :'(