Assalamualaikum.
Lama betul mengabaikan blog, tiba-tiba muncul membawa perubahan diri.
Macam tak percaya, I’m someone’s tunang dah!!! :’D

Baru ada kesempatan untuk update blog. Syukur Alhamdulillah, my engagement day went well. Satu perasaan yang sangatttttttt lega bila majlis dah selesai sama yang macam aku bayangkan. Panjang perkataan ‘sangat’ tu cukup untuk gambarkan kepuasan di hati. Ececeh.

Tema pink + biru. Combination favourite colour aku & Izzat.
Berminggu jugak survey butik baju ni.
Baju from JueLiz Tailoring ; Instagram (juelizboutique) & FB (JueLiz Tailoring & Clothing)

Mini pelamin didatangkan khas dari Seremban. Amboiiii kemain mini pelamin pon ambik yang jauh². Mula² Mama bising jugak kenapa ambik yang jauh, Mama suruh ambik yang dekat² je so takde la kena charge penghantaran. “Ala mini pelamin ni comel, lagi pun dari Seremban so mesti kat sini takde orang guna mini pelamin ni lagi” MUAHAHA alasan paling tak bley blaaa.

Ramai sangat yang puji mini pelamin ni comel, lagi² ribbon tu. Mama, Abah, Wan & Adik² pun suka dengan mini pelamin ni. Terus rasa berbaloi ambik jejauh 😛 Mini pelamin ni dari Kerongsang Emas Decorations.
Rombongan pihak lelaki.
Awwhhh =’D
My Family. Yay Abah dah ada geng dah lepas ni hihi
Mama, Abah, Umi & Abah <3
Nenek, makcik² & nenek saudara.
Family sebelah Izzat <3
Adik-adik!
Salah satu hantaran dari Izzat. Kek burung twitter nama dia 😛
BFF <3
Housemates <3
Kawan² Izzat :)

All in all, it was a lovely day! My precious thanks & much appreciate goes to family & rombongan dari pihak lelaki, kawan2 & saudara2, pakcik2, makcik2, sepupu2 yang datang membantu dan memeriahkan majlis.

Alhamdulillah, we are now happily engaged ! Semoga jodoh ini akan berkekalan hingga ke akhir nyawa kami. Amin.

 

One step closer to a start of a new chapter in our lives =)