Category: Engagement

Unexpected Surprise

“Esok keluar kena pakai baju cantik2 tau! Jangan pakai tshirt biasa je.”

 

Dan keesokan hari nya…

Jeng…

Jenggg…

Jenggggg!!!

SURPRISEEEEEEEEE! Atmosphere 360 @ KL Tower!

Kenapa la tak bagitahu awal-awal kita ada lunch date. Kalau tau nak bawak lunch dekat sini, memang dah pakai dress dah tau. Haha sampai nya hati buat surprise macam ni, terharu sangat tau takkk T_________________T

Disebabkan speechless + terharu yang amat sangat, maka ni je gambar makanan yang ada. Haha. Tapiiiii, makanan kat sini serious semua sedap-sedap! Dah la sedap, banyak pilihan pulak tu. A lil bit expensive but seriously worth it!

The view.

Izzat booking window seat hari tu. So dapat lah makan sambil tengok view yang cantik-cantik. Jangan risau, restoran ni berpusing sebenarnya. So setiap tetamu berpeluang tengok view yang sama. Serious sangat best! Tak expect dapat merasa surprise macam ni. Thank you so much b! 🙂

24/8/2014. Alhamdulillah. We have been through so much together and you’ve been by my side no matter what. Thank you for choosing me to be your ‘sidekick’ on this adventure called life. Thank you for being the best among the worsts. I can’t wait to see where life take us. Happy anniversary my beloved fiance! One year down, a lifetime to go! <3


Sweet memories of 2013

2013. Tahun yang banyak mengajar aku tentang kehidupan.

Alhamdulillah, terlalu banyak perkara indah. Allah berikan yang terbaik. Syukur.

PhotoGrid_13885041726455

Dear 2013, thank you for everything. I will miss a thousand of sweet memories in this year. Dear 2014, I’m gonna make you the best year than 2013 and looking forward to create another ‘sweet memories’ insyaAllah 🙂 <3

At this moment. I know what I want. I know what I need. I’m enjoying my life the way I should. I do everything I want. I do everything I love. And I choose to be happy, in my own way.


Officially Engaged

Assalamualaikum.
Lama betul mengabaikan blog, tiba-tiba muncul membawa perubahan diri.
Macam tak percaya, I’m someone’s tunang dah!!! :’D

Baru ada kesempatan untuk update blog. Syukur Alhamdulillah, my engagement day went well. Satu perasaan yang sangatttttttt lega bila majlis dah selesai sama yang macam aku bayangkan. Panjang perkataan ‘sangat’ tu cukup untuk gambarkan kepuasan di hati. Ececeh.

Tema pink + biru. Combination favourite colour aku & Izzat.
Berminggu jugak survey butik baju ni.
Baju from JueLiz Tailoring ; Instagram (juelizboutique) & FB (JueLiz Tailoring & Clothing)

Mini pelamin didatangkan khas dari Seremban. Amboiiii kemain mini pelamin pon ambik yang jauh². Mula² Mama bising jugak kenapa ambik yang jauh, Mama suruh ambik yang dekat² je so takde la kena charge penghantaran. “Ala mini pelamin ni comel, lagi pun dari Seremban so mesti kat sini takde orang guna mini pelamin ni lagi” MUAHAHA alasan paling tak bley blaaa.

Ramai sangat yang puji mini pelamin ni comel, lagi² ribbon tu. Mama, Abah, Wan & Adik² pun suka dengan mini pelamin ni. Terus rasa berbaloi ambik jejauh 😛 Mini pelamin ni dari Kerongsang Emas Decorations.
Rombongan pihak lelaki.
Awwhhh =’D
My Family. Yay Abah dah ada geng dah lepas ni hihi
Mama, Abah, Umi & Abah <3
Nenek, makcik² & nenek saudara.
Family sebelah Izzat <3
Adik-adik!
Salah satu hantaran dari Izzat. Kek burung twitter nama dia 😛
BFF <3
Housemates <3
Kawan² Izzat 🙂

All in all, it was a lovely day! My precious thanks & much appreciate goes to family & rombongan dari pihak lelaki, kawan2 & saudara2, pakcik2, makcik2, sepupu2 yang datang membantu dan memeriahkan majlis.

Alhamdulillah, we are now happily engaged ! Semoga jodoh ini akan berkekalan hingga ke akhir nyawa kami. Amin.

 

One step closer to a start of a new chapter in our lives =)

 


Love is just a word until someone comes along and gives it meaning…

To be continued…


Counting the days…

Hanya tinggal beberapa hari je lagi. Mudah-mudahan, majlis berjalan lancar dan Allah permudahkan segala urusan kita. Amin.

 

Maaf lerrr sebab dah lama blog tak berupdate. Macam biasa lah, busy konon nyeeeee. HAHA. Nanti kalau rajin dan ada masa, insyaAllah kita update pasal persiapan² majlis okay? 🙂

 

Btw, Selamat Hari Raya ! Maaf Zahir & Batin ! Raya kan sebulan, so belum terlambat lagi lah ni kannnnn? Hihi