Category: Family

Lazying around

Hye blog! I miss you! Lamanya menyepi. Dari dulu, menyepi dan seorang Mieya memang tak dapat dipisahkan. Kesiannn. Hahaha.

Banyak benda nak update. Banyakkkkkkk! Tapi sebab terlampau busy-la-sangat kononnya tu, tunda punya tunda, maka tak berupdate langsung T____T

Kehidupan sekarang sedang bermanja. Alhamdulillah. Punya watak-watak baik dan penyayang bersama sekarang ni. Dan semester ini berpeluang untuk bercuti dengan family, berjalan dengan kawan-kawan. Antara banyak-banyak sem, rasanya sem ni banyak sangat enjoy nye.

Cameron Highland.

Bersiar-siar bersama itik.

DSC_0472

Ber-funfair.

DSC_0539

Mohon jangan tertipu dengan keayuan masing-masing. Dalam gambar mungkin nampak keayuan nye, tapi bila naik buaian yang pusing-pusing tu terus terbang keayuan tersebut diiringi jeritan “Woiii bila nak habis niiiii”, “cepatlah nak turun” dan sebagainya. Hahaha.

Bukit Gambang Resort City.

20140601_140740

Pantai Teluk Cempedak. Sangat cantikkkk!

Ehem. This guy. Regardless of who I am at the moment and some moments before, God gives me you. Thank you ­čÖé

Tinggal seminggu je lagi untuk habiskan semester 5 ni. Dalam seminggu ni kena siapkan 5 final project, 2 presentation & 2 test. Meaning, few days of suffer begins today. Hopefully my body can manage the tons of stress I will face later.

So my darling self, please, gather all your strength, be strong, be positive and never give up okay? InsyaAllah, habis semester ni, tinggal 1 semester je lagi lepas tu praktikal lepastu merdekaaaaa! *Ayat nak sedapkan hati sikit*

I can’t wait for next vacation. Woohoo! Anddddd paling tak sabar nak cuti sem. Preparation, preparation, preparation. Me love! Hihi.


One in a million

For every love and support you gave me for 22 years, thank you.
For every mistakes I’ve made that you’ve always forgive me, thank you.
For each and every time I’ve made you disappointed towards me but you never stopped believing in me, thank you.
For every penny you’ve spent towards me just so I can get a better education, thank you.
For every minute of time wasted because want you to be with me, thank you.
For every tears of mine that you’ve wiped with your own bare hands, thank you.
For every sacrifices you’ve made just to see a smile on my face, thank you.
For every support, advice and faith you have in me always, thank you.

 

I will make you proud someday. I will repay each and everything that you have done eventhough I would never have the chance to repay all of them because your sacrifices are too much to handle.

Having somewhere to go is home, having someone to love is family, having both is a blessing.

A family, its such a blessing from Him. So, appreciate them while you still have time.┬áDon’t take them for granted, don’t lose hope and don’t ignore them when they need you the most.

 
Dalam setiap yang Allah beri, semua itu bukan permanent. Jadi, selagi kau ada apa yang kau sayang, janganlah biar ia terkapai-kapai mencari kau, tapi sikit pun kau tak endahkan. Sebab satu hari nanti, bila dia dah tak ada, kau akan sedar yang kau dah hilang orang yang kau perlu sebenarnya.

So now, learn to appreciate all the good things in life.


Sweet memories of 2013

2013. Tahun yang banyak mengajar aku tentang kehidupan.

Alhamdulillah, terlalu banyak perkara indah. Allah berikan yang terbaik. Syukur.

PhotoGrid_13885041726455

Dear 2013, thank you for everything. I will miss a thousand of sweet memories in this year. Dear 2014, I’m gonna make you the best year than 2013 and looking forward to create another ‘sweet memories’ insyaAllah ­čÖé <3

At this moment. I know what I want. I know what I need. I’m enjoying my life the way I should. I do everything I want. I do everything I love. And I choose to be happy, in my own way.


Happy Birthday, Mama !

29th of May 2013 ; Today is my wonderful mama’s birthday. She is such an incredibly special lady and she means the world to me.

Alhamdulillah… Allah masih memberi kesempatan pada kami untuk sama┬▓ celebrate birthday Mama macam tahun┬▓ sebelum ni.┬áSo, Happy Birthday Mama ! Semoga Mama panjang umur, cantik selalu, dimurahkan rezeki, dikurniakan kesihatan yang baik,┬ásentiasa dipermudahkan segala urusan, sentiasa bahagia disamping anak┬▓ Mama yang comel┬▓. (Eh?) Semoga Mama sentiasa di dalam Lindungan Allah selalu dan dikurniakan syurga terindah di akhirat kelak. Amin.

I love my Mama more than anything ! She would do anything for me. Yup, anything. Mama adalah lebih dari sekadar seorang Mama untuk diri ini. Mama lah guru, Mama lah kekuatan, Mama lah kawan terbaik, Mama lah kawan gaduh, Mama lah tempat bercerita dan mengadu semua benda, dan of course Mama lah SuperMama ! Hihi.

Mama, terima kasih, terima kasih & terima kasih ! Tak tahu dah macam mana nak ucap terima kasih tu. Sebab terlampau banyak sangat jasa dan pengorbanan yang Mama dah lakukan untuk Mieya dan adik². Terima kasih sudi menjaga 5 orang anak-anakmu yang pelbagai ragam ni. Maafkan kami Mama sebab kadang² kami degil, kami nakal. Tapi dalam degil dan nakal ni, tak terluah rasa sayang buat Mama, percaya lah bahawa kami teramat sayang dan mencintai Mama, dunia akhirat.

Mama, baik kami atau pun Abah, masing┬▓ masih memerlukan Mama untuk menempuh hari┬▓ yang mendatang. Masih dan tetap ingin Mama selamanya bersama kami, sampai bila┬▓. Tak akan ada siapa yang mampu menggantikan Mama dalam hidup kami.

Mama, Mieya harap doa Mama akan sentiasa mengiringi kehidupan Mieya dan adik┬▓ untuk lebih berjaya dan bahagia. Mieya akan sentiasa melindungi dan membahagiakan Mama selagi Mieya mampu sebab Mama lah segala┬▓nya untuk Mieya. Mieya minta maaf atas semua salah silap Mieya pada Mama. Terima kasih sebab sentiasa ada dan memahami Mieya. Dan, terima kasih sebab Mama memberi kepercayaan kepada Mieya untuk melangkah satu fasa lagi kehadapan & memikul satu lagi tanggungjawab dalam perjalanan hidup Mieya tak lama lagi. Doakan Mieya ye Mama, sebab hanya doa dan restu Mama yang Mieya perlukan dalam hidup Mieya, untuk menjamin keberkatan dan kebahagiaan masa depan Mieya.

I love you to the moon and back, round planet pluto seround dua, lepas tu round-about dekat matahari dan bulan, lepas tu ulang balik sampai bebila. Hihihi ­čśŤ Let’s just remain my Mama Dunia Akhirat okay?

“Kau lah segalanya untuk kami, kau lah curahan kasih ini, tak mungkin kami melupakan mu, tiada lagi yang kami harap hanya kau seorang”

Mieya, Tina, Qilah, Bihah & Nani sayang Mama ! Terima kasih sebab jadi Mama yang terbaik untuk kami berlima, merestui kami dalam setiap langkah, menitipkan nama kami dalam setiap doa. Mustahil kami menyayangi yang lain lebih dari Mama.

Ya Allah, izinkan kami anak┬▓ Mama membahagiakan dirinya sebelum dia atau kami yang terlebih dahulu pergi. Izinkan kami membalas jasa Mama sebelum dia atau kami yang terlebih dahulu pergi. Kau berkati hidup Mama kami Ya Allah. Kau ampuni lah segala dosa dosanya.

Ya Allah, berilah Mama balasan yang sebaik-baiknya, atas didikannya pada kami berlima dan pahala yang besar atas kasih sayang yang Mama limpahkan. Mudah-mudahan Ya Allah, izin Mama Syurga tempatnya bersama Rasulullah. Amin.

Selamat Hari Lahir Mama kesayangan kami berlima ! <3

UPDATED – –

We love you sooooooooooooo much !

Ni gambar family paling kelakar yang kitorang pernah ada. Cerita dia macam ni. Tanya Wan (nenek belah Mama), reti tak ambik kan gambar ni. Wan cakap reti. Punya lah lama kitorang senyum tapi x click2 pon. Bila dah tergelak tertonggeng baru Wan click. Dan ini lah hasilnya. Ingat senang ke nak ambik gambar macam ni? Hahahahahahaha.

Ya Allah, sungguh, aku sangat sayang mereka. Kekalkan kebahagian kami sampai bila┬▓.


Happy Convocation Day, Mieya !

Assalamualaikum semuaaaaaaa !

21 Mei 2013. Akhirnya, saya dah konvoooooooo ! ­čśÇ Alhamdulillah, setelah 2 tahun setengah berjuang, dapat jugak celebrate kejayaan bersama kawan┬▓ dan juga dengan yang tersayang. Well nak jujur sekejap. Sebenarnya agak kecewa sedikit dengan diri sendiri sebab tak mampu nak dapatkan Anugerah Naib Canselor untuk diploma ni. Yela, aku terkandas untuk 1 sem sahaja so tipu la kalau tak rasa kecewa langsung kan? Tapi takpe, dapat grad dalam Diploma Kelas Pertama pon kira okay lah kan? So Mieya, degree ni sila buat lebih baik. Make sure dapatkan itu Anugerah Naib Canselor okay?

Disebabkan konvo ni jatuh pada hari Selasa, adik┬▓ yang sekolah lagi tu tak dapat lah nak ikut kan. Tapiiii, ada seseorang yang istimewa yang turut sama┬▓ memeriahkan hari konvo. Sape? Jeng jeng jeng ! ­čśŤ Okay meh la tengok gambar sebab entry ni memang entry banyak gambar. Hihi.

­čÖé

Awesome classmates. 2 tahun setengah susah senang bersama. Tapi tak semua ada dalam gambar ni sebab masing2 dah hilang merata >.<“

Gambar wajib bila konvo ! Tapi kesian sebab muka sendiri terlindung dengan topi tuuu. Wuuu

Eh tapi takpe ada gambar back up. Haha.

Mohd Izzat saya ! And my future *ehem*, soon ­čśŤ

Lepas selesai bergambar kat DATC tu, gerak ke Taman Tasik Shah Alam pulak. Jangan tak tahu Izzat siap bawak photographer masa hari konvo hari tu. Kemain tauuu. Hihi.

Abah. Yang selalu ada dari dulu sampai sekarang, yang selalu ada waktu susah dan senang, yang selalu tunaikan permintaan, yang selalu menjadi pelindung dan hero terbaik untuk diri ini. Mieya sayang Abah, dunia akhirat.

Mama. Yang selalu ada dari dulu sampai sekarang, yang selalu ada waktu susah dan senang, yang selalu menjadi tempat mengadu, tempat menangis, tempat bercerita, yang selalu ada, setiap masa.  Mieya sayang Mama, dunia akhirat.

Alololo comel je Mama buat giyomi. Haha.

Ini lah seseorang yang istimewa tuuuu. Umi ! Hihi. Terharu sangat tau sebab Umi pun ada sama hari tu ­čÖé

Kesayangan saya ; Mama & Umi.

<3

Family <3

Gambar yang palinggggggggggg saya suka !

Baju fav, hadiah dari Umi sempena birthday hari tu ­čÖé Tudung pon dah tak reti nak behave dah, dia pon dah penat bergambar agaknye -______-

Apa lagi yang boleh dikatakan selain… Alhamdulillah, I’m truly blessed ! ­čśÇ