Final Semester Result

Assalamualaikum ­čÖé

Lamanya aku tinggalkan blog ni haa. Paling latest 10/11, kedua yang sangat-tak-latest 28/9, tu pun bercerita pasal final exam. Tup tup sekarang dengan entry final semester result pulak? Dasar pemalas Mieya ni T_____________T

Okay berbalik pada tajuk entry. Jumaat, 9/11, (jangan tanya kenapa hari ni baru nak update entry sebab jawapan dah ada dekat atas) hari result final untuk student diploma UiTM keluar. Macam biasa, student┬▓ semua berdebar tunggu e-mail dari UiTM. Malam tu memang masing2 dah rancak update pasal result. Aku? Duduk diam-diam scroll timeline twitter lepastu RT mana┬▓ yang patut je. Haha cuak punya pasal sampai tak berani nak cakap apa-apa dah. Dan malam tu, aku dah cakap dengan diri sendiri supaya tawakal, dan apa pun result aku nanti, aku redha. Cuma aku harap sangat┬▓ tak kecewakan Mama Abah. Tu je.

Bukak email, tengok result, automatik mengalir air mata. ALHAMDULILLAH SYUKUR ! Terus pergi dekat Mama Abah yang tengah tidur, aku terus peluk and kiss Mama Abah sambil bagitau result. Tau apa rasa bila parents ucap tahniah dekat kita sambil peluk atas kejayaan kita? Satu rasa yang tak ternilai, BAHAGIA.

Dulu masa SPM, aku menangis kecewa sambil dipeluk untuk hilangkan kekecewaan aku. Tapi kali ni, aku menangis sambil dipeluk sebab kejayaan aku, yang dorang harapkan masa awal┬▓ aku masuk UiTM dulu. Aku rasa bertuah sangat sebab dikurniakan seorang Mama dan Abah yang sangat memahami anak-anaknya, Mama dan Abah yang bukan memarahi kami adik-beradik bila kecewa dan gagal, tapi Mama dan Abah yang sentiasa memberi galakan dan semangat untuk kami terus bangun untuk capai kejayaan. Bayangkan, aku dipeluk disaat aku terjatuh, dan dipeluk juga disaat aku berjaya. Apa lagi yang aku perlu buat selain menghargai segala pengorbanan dan kesetiaan mereka dengan berbalaskan kegembiraan dari hasil usaha aku sendiri?┬áMama… Abah… Mieya dah berjaya tebus balik kekecewaan Mama dan Abah kan? Mama Abah dah tak kecewa dengan Mieya lagi kan?┬á*kesat air mata*

Alhamdulillah, target aku untuk dapatkan Dean List untuk semester akhir ni tercapai, malah jauh lebih baik dari yang aku target. Alhamdulillah. Ingat lagi pesan Mama setiap kali nak final, “belajar betul┬▓, jangan main┬▓, dapatkan Dean List, nanti yang senang Kak Long jugak bukan orang lain”. Cuma aku terkilan sikit sebab target aku masa sebelum masuk UiTM dulu, aku nak dapatkan┬áAnugerah Naib Canselor. Tapi disebabkan kecuaian diri sendiri masa semester 3, pointer aku hanya 3.48, kurang 0.02 je dari Dean List, target aku tu tak tercapai. But then bila difikir balik, ada hikmahnya semua ni. Dapat Dean List untuk semester akhir ni pun dah cukup┬▓ bersyukur dah. Serious, semester akhir ni adalah semester yang agak complicated untuk aku kalau nak dibandingkan dengan semester┬▓ lain. Alhamdulillah ­čÖé

Maka dengan itu, tamat lah sudah perjalanan sebagai seorang pelajar diploma, tamat lah sudah segala kenangan sepanjang 2 tahun setengah di UiTM Segamat. UiTM Segamat, thanks for the memories. You will be missed !

 

Abah, terima kasih sebab sanggup bersusah-payah ambik Kak Long setiap kali Kak Long nak balik rumah, hantar Kak Long balik ke UiTM dari rumah, especially masa semester 1 sampai lah semester 3. Tiap kali Kak Long nak balik, Abah akan bertolak ambik Kak Long lepas waktu kerja, sampai dekat Segamat dalam pukul 10/11 malam. Lepas tu sampai rumah dalam pukul 2/3 pagi, lepastu awal pagi esoknya Abah pergi kerja balik. Mesti Abah penat kan? ­čÖü Terima kasih jugak sebab bagi Kak Long duit belanja, belikan Kak Long topup setiap kali kredit habis, tunaikan apa yang Kak Long nak, terima kasih untuk semuanya, Abah. Kak Long harap result kali ni dapat tebus balik penat dan pengorbanan Abah untuk Kak Long walaupun sikit.

Mama, terima kasih sebab tak pernah┬▓ putus bagi Kak Long semangat untuk terus bertahan selama 2 tahun setengah dekat UiTM tu. Terima kasih sebab Mama selalu ada dengan Kak Long, selalu jadi pendengar setia bila Kak Long ada masalah, selalu bagi kata┬▓ semangat, call Kak Long tiap┬▓ hari, especially bila Kak Long ada test. Sebelum nak pergi test tu Mama tak pernah lupa untuk call Kak Long. Terima kasih jugak sebab call Kak Long pagi┬▓ untuk bangun study dan semestinya, terima kasih untuk doa┬▓ Mama.

Adik-adik, terima kasih sebab teman Mama dan Abah bila hantar Kak Long balik Segamat, terima kasih sebab jadi penghibur Kak Long, jadi tempat untuk Kak Long buli. Haha ­čśŤ Belajar rajin2 tau !

Awak, terima kasih sebab selalu ada dengan saya dari mula kita kenal sampai lah sekarang tak kira dalam situasi apa sekali pun. Terima kasih sebab temankan saya study sepanjang final, bagi saya kata-kata semangat bila saya tengah down, doakan saya, terima kasih untuk semuanya.

Alhamdulillah. Terima kasih Abah, Mama, Adik-adik, Awak. Kejayaan ini untuk kalian :’)

 

 

Diploma : Mission completed. The sweetest ending <3

 


Happy birthday, Love !

Today is 10/11/12. And today, someone special in my life is celebrating his birthday.

 

 

 

*drumroll*

 

 

 

Awak, selamat ulangtahun kelahiran yang ke 22. Semoga yang ke 23 nanti, kita diberi peluang untuk sambut bersama. Eh? Haha ­čśŤ Saya doakan semoga awak panjang umur, diberikan kesihatan yang baik, diberkati perjalanan hidup dan semoga kebahagiaan dan kejayaan terus menjadi milik awak.

Awak, maaf sebab tak pandai nak godek2 flash and buat something yang special macam yang awak buat untuk saya time birthday saya hari tu. Saya tahu nak type entry je. Wuuu. Dan, maaf sebab tak dapat nak celebrate birthday awak sama-sama. Tapi nanti bila ada masa, kita celebrate sama-sama eh? So untuk sementara waktu ni, sila anggap entry ni sebagai pengganti diri saya. Boleh kan kan kan? Hihi.

Awak, terima kasih sebab selalu ada dengan saya, jatuh bangun saya, susah senang saya, gembira sedih saya, semuanya awak ada. Terima kasih.

Awak, saya sayang awak !

Lastly, Happy 22th birthday Mohd Izzat !┬áMay Allah bless you, and may your birthday be as special as you are special to me in every way ! ­čÖé And… happy growing up infront of me ! ­čśŤ

 

 Loads of love, happiness and hugs,

Mieya.


Final Exam. Final Semester

Debaran kian terasa. Fuh !

Cepatnyaaaaaaaa masa berlaluuuuuuuuuuuuuuuu ! Tak tau kenapa rasa cuak sangat final kali ni. Sebab final semester mungkin? Dah nama pun final semester, mesti lah result final kali ni penentu segala┬▓nya, penentu arah tuju untuk degree nanti dan semestinya salah satu cara untuk balas separuh jasa Mama & Abah. Nak balas semua jasa aku rasa aku belum mampu lagi T_________T

Aku tahu, Mama & Abah letak harapan yang sangat tinggi dekat aku. Aku tahu. Dan sebab tu, aku berharap sangat aku dapat capai harapan tu untuk final kali ni. Walaupun aku rasa sem ni agak susah sikit dari sem┬▓ lepas, tapi insyaAllah, aku akan cuba sehabis baik, cuba selagi mana yang aku mampu. InsyaAllah.

 

Only few weeks left. Few weeks before I leave my diploma studies. Few weeks before everything come to an end. Few weeks for me to struggle for my future. So Mieya, please, gather all your strength, be strong, be positive and never give up. And the most important thing, be fully prepared and say no to last minute study. Okay?

 

Mama… Abah… I will make you proud, insyaAllah. Hold on and bear with me. I’m trying very best here. Please pray for me. Pleaseeeeeeee. I love both of you.

Ya Allah, please make everything flow smoothly and easily for me.┬á┬áBut if it’s hard, please give me strength.

Peeps, pray for me. For my success.

­čÖé

 


Semua Tentang Kita

 

 

Semester 1 – Semester 5 ,┬áJIM 1101D – JIM 1105D.

2 tahun setengah bakal berlalu dengan suka, duka, gembira, gelak tawa dan macam-macam kenangan lagi. Lepas ni masing-masing dah bawak haluan masing-masing. Sorang kesana, sorang kesini. Sorang disana, sorang disini. Kalau nasib baik, dapat lah jumpa lagi time degree nanti. *Eh ni bukan pantun T___________T*

21 days to go. Then, I will leave.


Aidilfitri 2012

Hai !

Dah raya hari yang ke-15 baru nak update entry pasal aidilfitri? Tertinggal kereta api betul Mieya ni. Busy macam wanita bekerjaya pulak, padahal takde la bekerjaya mana pun ye dak? Yela┬▓, ni nak update la niiii.

Raya tahun ni biasa-biasa saje. Biasa-biasa tu termasuklah dari segi persiapan raya, semangat raya dan segala-galanya yang berkaitan dengan raya. Eh kejap, persiapan raya tu rasanya tersangat luar biasa dari tahun-tahun sebelumnya. Tersangat luar biasa kat sini bukan maksud shopping secara over, tapi boleh dikatakan shopping yang sangat minima. Kih kih kih. Kemain ajak Abah bawak shopping pergi sana pergi sini, last² balik tangan kosong jugak. Barang² raya tak dapat, penat yang dapat. Bukan setakat dapat penat je, kene bebel pon dapat jugak. HAHA.

Eh tapi serious raya tahun ni feel dia memang lain macam sikit, macam tak rasa nak raya pon ada jugak. Mana tak nya, sehari sebelum balik cuti raya ada test, lepas cuti raya pon ada test. Konon risau lah pasal test dan assignment lepas raya tu sampai nak beraya pon tak de feel, tapi sentuh buku tak jugak. Bawak je balik buku┬▓ dan assingment dalam beg, jangan kata sentuh, jengah pon tak T____________T

Raya Pertama

Makanan wajib pagi raya 

Harta yang paling berharga dunia akhirat. Takkan ada tukar ganti.

Raya Kedua

Raya Ketiga

Time ni konvoi 4 kereta pegi Melaka. Besttttttt ! Sebab dapat rasa suasana kampung. Ye, aku takde kampung. Sedih tahu tak dapat nak rasa perjalanan jauh balik kampung apa semua macam orang lain. So dapat menumpang kampung orang pon jadi lah. Wuuu.

Rumah dikelilingi sawah padi. Serious best ! Tenang je rasa bila tengok keliling hijau je ­čÖé

Cousins

Nampak nau excited. Hihi.

Dah terserlah ciri┬▓ keibuan dah kan? *cough cough* ­čśŤ

Ni je lah satu-satunya entry aidilfitri untuk tahun ni. See, kan dah cakap raya tahun ni biasa-biasa saja.

Oh. Dah masuk bulan September. Tinggal sebulan je lagi nak final. Tapi pasal final kita ketepikan sekejap. Highlight pasal test dan assignment. Ada 7 assignments dan 4 test dalam masa 3 minggu. Ye, 3 minggu untuk settlekan 7 assignment dan 4 test. Bayangkan lah sendiri macam mana stress dan tertekan nya hidup dalam masa 3 minggu ni T________________________T

Dah la entry tertinggal kereta api, lepastu gabung sekaligus raya pertama sampai raya ketiga dalam satu entry. Lepas tu lagi tajuk entry ‘aidilfitri 2012’, tapi dah tergabung sekali dengan cerita stress dengan test dan assignment ni kenapa? HE HE HE >.<”

 

The end.