29 May

Happy Birthday, Mama !

29th of May 2013 ; Today is my wonderful mama’s birthday. She is such an incredibly special lady and she means the world to me.

Alhamdulillah… Allah masih memberi kesempatan pada kami untuk sama² celebrate birthday Mama macam tahun² sebelum ni. So, Happy Birthday Mama ! Semoga Mama panjang umur, cantik selalu, dimurahkan rezeki, dikurniakan kesihatan yang baik, sentiasa dipermudahkan segala urusan, sentiasa bahagia disamping anak² Mama yang comel². (Eh?) Semoga Mama sentiasa di dalam Lindungan Allah selalu dan dikurniakan syurga terindah di akhirat kelak. Amin.

I love my Mama more than anything ! She would do anything for me. Yup, anything. Mama adalah lebih dari sekadar seorang Mama untuk diri ini. Mama lah guru, Mama lah kekuatan, Mama lah kawan terbaik, Mama lah kawan gaduh, Mama lah tempat bercerita dan mengadu semua benda, dan of course Mama lah SuperMama ! Hihi.

Mama, terima kasih, terima kasih & terima kasih ! Tak tahu dah macam mana nak ucap terima kasih tu. Sebab terlampau banyak sangat jasa dan pengorbanan yang Mama dah lakukan untuk Mieya dan adik². Terima kasih sudi menjaga 5 orang anak-anakmu yang pelbagai ragam ni. Maafkan kami Mama sebab kadang² kami degil, kami nakal. Tapi dalam degil dan nakal ni, tak terluah rasa sayang buat Mama, percaya lah bahawa kami teramat sayang dan mencintai Mama, dunia akhirat.

Mama, baik kami atau pun Abah, masing² masih memerlukan Mama untuk menempuh hari² yang mendatang. Masih dan tetap ingin Mama selamanya bersama kami, sampai bila². Tak akan ada siapa yang mampu menggantikan Mama dalam hidup kami.

Mama, Mieya harap doa Mama akan sentiasa mengiringi kehidupan Mieya dan adik² untuk lebih berjaya dan bahagia. Mieya akan sentiasa melindungi dan membahagiakan Mama selagi Mieya mampu sebab Mama lah segala²nya untuk Mieya. Mieya minta maaf atas semua salah silap Mieya pada Mama. Terima kasih sebab sentiasa ada dan memahami Mieya. Dan, terima kasih sebab Mama memberi kepercayaan kepada Mieya untuk melangkah satu fasa lagi kehadapan & memikul satu lagi tanggungjawab dalam perjalanan hidup Mieya tak lama lagi. Doakan Mieya ye Mama, sebab hanya doa dan restu Mama yang Mieya perlukan dalam hidup Mieya, untuk menjamin keberkatan dan kebahagiaan masa depan Mieya.

I love you to the moon and back, round planet pluto seround dua, lepas tu round-about dekat matahari dan bulan, lepas tu ulang balik sampai bebila. Hihihi 😛 Let’s just remain my Mama Dunia Akhirat okay?

“Kau lah segalanya untuk kami, kau lah curahan kasih ini, tak mungkin kami melupakan mu, tiada lagi yang kami harap hanya kau seorang”

Mieya, Tina, Qilah, Bihah & Nani sayang Mama ! Terima kasih sebab jadi Mama yang terbaik untuk kami berlima, merestui kami dalam setiap langkah, menitipkan nama kami dalam setiap doa. Mustahil kami menyayangi yang lain lebih dari Mama.

Ya Allah, izinkan kami anak² Mama membahagiakan dirinya sebelum dia atau kami yang terlebih dahulu pergi. Izinkan kami membalas jasa Mama sebelum dia atau kami yang terlebih dahulu pergi. Kau berkati hidup Mama kami Ya Allah. Kau ampuni lah segala dosa dosanya.

Ya Allah, berilah Mama balasan yang sebaik-baiknya, atas didikannya pada kami berlima dan pahala yang besar atas kasih sayang yang Mama limpahkan. Mudah-mudahan Ya Allah, izin Mama Syurga tempatnya bersama Rasulullah. Amin.

Selamat Hari Lahir Mama kesayangan kami berlima ! <3

UPDATED – –

We love you sooooooooooooo much !

Ni gambar family paling kelakar yang kitorang pernah ada. Cerita dia macam ni. Tanya Wan (nenek belah Mama), reti tak ambik kan gambar ni. Wan cakap reti. Punya lah lama kitorang senyum tapi x click2 pon. Bila dah tergelak tertonggeng baru Wan click. Dan ini lah hasilnya. Ingat senang ke nak ambik gambar macam ni? Hahahahahahaha.

Ya Allah, sungguh, aku sangat sayang mereka. Kekalkan kebahagian kami sampai bila².


24 May

Happy Convocation Day, Mieya !

Assalamualaikum semuaaaaaaa !

21 Mei 2013. Akhirnya, saya dah konvoooooooo ! 😀 Alhamdulillah, setelah 2 tahun setengah berjuang, dapat jugak celebrate kejayaan bersama kawan² dan juga dengan yang tersayang. Well nak jujur sekejap. Sebenarnya agak kecewa sedikit dengan diri sendiri sebab tak mampu nak dapatkan Anugerah Naib Canselor untuk diploma ni. Yela, aku terkandas untuk 1 sem sahaja so tipu la kalau tak rasa kecewa langsung kan? Tapi takpe, dapat grad dalam Diploma Kelas Pertama pon kira okay lah kan? So Mieya, degree ni sila buat lebih baik. Make sure dapatkan itu Anugerah Naib Canselor okay?

Disebabkan konvo ni jatuh pada hari Selasa, adik² yang sekolah lagi tu tak dapat lah nak ikut kan. Tapiiii, ada seseorang yang istimewa yang turut sama² memeriahkan hari konvo. Sape? Jeng jeng jeng ! 😛 Okay meh la tengok gambar sebab entry ni memang entry banyak gambar. Hihi.

:)

Awesome classmates. 2 tahun setengah susah senang bersama. Tapi tak semua ada dalam gambar ni sebab masing2 dah hilang merata >.<“

Gambar wajib bila konvo ! Tapi kesian sebab muka sendiri terlindung dengan topi tuuu. Wuuu

Eh tapi takpe ada gambar back up. Haha.

Mohd Izzat saya ! And my future *ehem*, soon 😛

Lepas selesai bergambar kat DATC tu, gerak ke Taman Tasik Shah Alam pulak. Jangan tak tahu Izzat siap bawak photographer masa hari konvo hari tu. Kemain tauuu. Hihi.

Abah. Yang selalu ada dari dulu sampai sekarang, yang selalu ada waktu susah dan senang, yang selalu tunaikan permintaan, yang selalu menjadi pelindung dan hero terbaik untuk diri ini. Mieya sayang Abah, dunia akhirat.

Mama. Yang selalu ada dari dulu sampai sekarang, yang selalu ada waktu susah dan senang, yang selalu menjadi tempat mengadu, tempat menangis, tempat bercerita, yang selalu ada, setiap masa.  Mieya sayang Mama, dunia akhirat.

Alololo comel je Mama buat giyomi. Haha.

Ini lah seseorang yang istimewa tuuuu. Umi ! Hihi. Terharu sangat tau sebab Umi pun ada sama hari tu :)

Kesayangan saya ; Mama & Umi.

<3

Family <3

Gambar yang palinggggggggggg saya suka !

Baju fav, hadiah dari Umi sempena birthday hari tu :) Tudung pon dah tak reti nak behave dah, dia pon dah penat bergambar agaknye -______-

Apa lagi yang boleh dikatakan selain… Alhamdulillah, I’m truly blessed ! 😀

 


Page 20 of 36« First...10...1819202122...30...Last »