02 Sep

Aidilfitri 2012

Hai !

Dah raya hari yang ke-15 baru nak update entry pasal aidilfitri? Tertinggal kereta api betul Mieya ni. Busy macam wanita bekerjaya pulak, padahal takde la bekerjaya mana pun ye dak? Yela², ni nak update la niiii.

Raya tahun ni biasa-biasa saje. Biasa-biasa tu termasuklah dari segi persiapan raya, semangat raya dan segala-galanya yang berkaitan dengan raya. Eh kejap, persiapan raya tu rasanya tersangat luar biasa dari tahun-tahun sebelumnya. Tersangat luar biasa kat sini bukan maksud shopping secara over, tapi boleh dikatakan shopping yang sangat minima. Kih kih kih. Kemain ajak Abah bawak shopping pergi sana pergi sini, last² balik tangan kosong jugak. Barang² raya tak dapat, penat yang dapat. Bukan setakat dapat penat je, kene bebel pon dapat jugak. HAHA.

Eh tapi serious raya tahun ni feel dia memang lain macam sikit, macam tak rasa nak raya pon ada jugak. Mana tak nya, sehari sebelum balik cuti raya ada test, lepas cuti raya pon ada test. Konon risau lah pasal test dan assignment lepas raya tu sampai nak beraya pon tak de feel, tapi sentuh buku tak jugak. Bawak je balik buku² dan assingment dalam beg, jangan kata sentuh, jengah pon tak T____________T

Raya Pertama

Makanan wajib pagi raya 

Harta yang paling berharga dunia akhirat. Takkan ada tukar ganti.

Raya Kedua

Raya Ketiga

Time ni konvoi 4 kereta pegi Melaka. Besttttttt ! Sebab dapat rasa suasana kampung. Ye, aku takde kampung. Sedih tahu tak dapat nak rasa perjalanan jauh balik kampung apa semua macam orang lain. So dapat menumpang kampung orang pon jadi lah. Wuuu.

Rumah dikelilingi sawah padi. Serious best ! Tenang je rasa bila tengok keliling hijau je :)

Cousins

Nampak nau excited. Hihi.

Dah terserlah ciri² keibuan dah kan? *cough cough* 😛

Ni je lah satu-satunya entry aidilfitri untuk tahun ni. See, kan dah cakap raya tahun ni biasa-biasa saja.

Oh. Dah masuk bulan September. Tinggal sebulan je lagi nak final. Tapi pasal final kita ketepikan sekejap. Highlight pasal test dan assignment. Ada 7 assignments dan 4 test dalam masa 3 minggu. Ye, 3 minggu untuk settlekan 7 assignment dan 4 test. Bayangkan lah sendiri macam mana stress dan tertekan nya hidup dalam masa 3 minggu ni T________________________T

Dah la entry tertinggal kereta api, lepastu gabung sekaligus raya pertama sampai raya ketiga dalam satu entry. Lepas tu lagi tajuk entry ‘aidilfitri 2012’, tapi dah tergabung sekali dengan cerita stress dengan test dan assignment ni kenapa? HE HE HE >.<”

 

The end.

 


18 Aug

Iftar with classmates

Alhamdulillah… Sedar tak sedar kita dah sampai ke penghujung bulan Ramadhan. Serious rasa kejap betul masa berlalu. Mood raya pon tak ada lagi ni >.<”

Tahun ni adalah semester akhir aku dekat UiTM, dan sekaligus jugak Ramadhan terakhir dekat UiTM. Ingat lagi kenangan masa mula² masuk UiTM dulu, semester pertama dah kena puasa jauh dari family. Time tu sedih jugak la sebab first time bersahur dan berbuka tanpa family, ada kawan² je. Tapi sekarang ni tak rasa sedih dah. Best apa dapat bersahur dan berbuka dengan kawan² dan family sekaligus. Hihi.

Disebabkan semester ni adalah semester akhir kitorang berpuasa dekat UiTM sebagai student diploma, maka kitorang plan nak berbuka secara beramai². Plan ni pon last minit sebenarnya. Esok nak berbuka sama², tapi hari ni baru berbincang pasal plan tu. Tapi sebenarnya plan last minit ni selalunya adalah plan yang terbaik ! Walaupun secara tetiba menu yang kami sangka nasi beriyani telah bertukar ke nasi putih secara magic nya, tapi tu semua sikit pon tak menghalang kitorang untuk berbuka beramai-ramai secara happy ! Hihi.

Btw gambar time berbuka ramai² ni tak banyak pon. Time ni tak ada camera untuk ambik gambar. Mengharap belas ihsan dari kawan² yang ada camera je T_____________T

 


<

JIM 1101D – JIM 1105D

Tinggal lebih kurang 2 bulan je lagi. 2 bulan je lagi untuk kita bersama-sama. Haish rasa macam sekejap betul tempoh masa 2 tahun setengah ni. Sedih sebab last sem bersama, tapi dalam masa yang sama tak sabar nak habis belajar ! 😀 Semoga semua urusan kita untuk last semester ni dipermudahkan. Amin.


Page 28 of 36« First...1020...2627282930...Last »