29 Jul

MUET Sesi July 2012

=D

Belum tulis pape dah senyum. Haha. Okay sebenarnya hati dah lega bila test MUET dah habis. Yippieeeeee! Berakhir sudah segala debaran untuk MUET. Komen aku untuk semua paper MUET ni?

Speaking

Actually aku tak berapa puas hati dengan speaking test. Sebabnya, point yang aku dapat agak susah, bila dah agak susah, maka susah lah jugak untuk aku hasilkan isi-isi yang berkaitan dengan point yang aku dapat tu. Plus, I’m candidate A during the speaking test ! Dah nama pun candidate A, mestilah aku calon pertama yang kena mulakan speaking test tu. Dah lah point susah, lepas tu masa untuk aku sediakan isi-isi hanya 2 minit. Kalau candidate B, C or D dapat lah lebih masa sikit dan sempat lah lagi nak tulis-tulis point time candidate A tengah speaking tu T_____________T

Reading

Alhamdulillah, tak ada masalah untuk paper reading ni. Sebelum test ramai jugak yang cakap takkan cukup masa kalau kita baca semua ayat dalam paragraph tu, dorang bagi cadangan supaya baca soalan dulu and then baru baca certain paragraph untuk cari jawapan. Means kita tak payah nak baca semua ayat dalam paragraph tu sampai habis. Tapi alhamdulillah, aku sempat baca semua paragraph sampai habis dan sempat jawab semua soalan. Tapi ada la jugak soalan-soalan yang mengelirukan sikit.

Writing

Ini pun aku tak berapa puas hati sangat. Sebab graph untuk question 1 agak complicated sikit. Dah bila complicated, masa memang banyak habis dekat situ je la. Tapi aku try jugak buat ikut apa yang aku faham. Wuu. Dan untuk question 2, soalan dia takde lah susah mana. Tapi apesal entah aku rasa macam susah nau nak cari isi-isi untuk essay tu. Dan dan dan, masa tak cukup ! Keluar dewan tadi, memang ramai yang cakap masa tak cukup.

Listening

Alhamdulillah, untuk paper listening aku rasa berpuas hati jugak lah even ada satu dua soalan yang aku kurang dengar dari rakaman tu. Mana tak nya, dah lah laju, lepas tu suara dari rakaman tu berdengung dalam dewan, tak berapa nak clear. Tapi overall, aku puas hati dengan paper listening ni.

Registration slip. Tak dapat nak ambik gambar examination slip dekat atas meja dalam dewan tadi sebab BB rosak :'(

Alhamdulillah. Speaking, reading, writing dan listening. Selesai semuanya. Sekarang masa untuk fokus kembali dengan assignments, tests dan sebagainya :)


20 Jul

Salam Ramadhan Al-Mubarak

Assalamualaikum semua. Wahhh sekejap je rasanya masa berlalu. Tup tup dah nak puasa dah. Kejap betul. Wuuu.

Syukur alhamdulillah, masih diberi peluang untuk bertemu dengan bulan Ramadhan tahun ini. Dan alhamdulillah, masih berkesempatan untuk bersahur dan berbuka hari pertama puasa bersama family tersayang. Bukan senang orang diperantauan dapat bersahur dan berbuka sama-sama dengan family especially hari pertama puasa. Eceh.

Tahun ni adelah puasa yang terakhir aku as a student diploma dekat UiTM since ni adelah last semester. Bila dah masuk puasa ni, maknanya makin dekat jugak lah dengan final exam. Lebih kurang 2 bulan je lagi. Dah boleh nampak dah bayangan hari-hari stress dalam masa terdekat T___________T

Tak ada apa sangat yang aku harapkan untuk Ramadhan kali ni. Cuma aku harap segala urusan dan hal-hal akan datang dipermudahkan, sama ada yang dah dirancang mahupun tak. Dan berharap jugak ada kemajuan positif untuk diri sendiri untuk masa akan datang. Amin. Hihi. Dan andai nya ini adalah Ramadhan yang terakhir untuk aku, bagi lah aku peluang dan kesempatan untuk buat sehabis baik. Mintak maaf atas segala ketelanjuran kata dan perilaku sama ada sengaja atau tak sengaja ye?

Selamat menyambut bulan Ramadhan dan selamat berpuasa sumoranggg ! Moga Ramadhan kali ni membawa seribu satu keberkatan dan kebaikan kepada kita semua. InsyaAllah :)


Page 30 of 36« First...1020...2829303132...Last »