05 May

Protected: #2 Me. You. Us

This content is password protected. To view it please enter your password below:


27 Apr

Syukur Alhamdulillah

Tepat jam 11.00 pm malam tadi, memang hidup tak tentu arah dah. Berdebar kemain. Dah terlelap, lepas tu terjaga. Lepas tu try nak sambung tidur balik, tak boleh. Try paksa tidur, tak boleh jugak. Tak tau nak buat apa, scroll timeline twitter. Scroll punya scroll, tengok semua dok tweet pasal result. Terus off twitter.

Tak putus² doa, harap sangat dapat tebus balik result sem lepas, tak nak kecewakan Mama dan Abah lagi. Time² macam ni lah teringat semua pengorbanan Mama dan Abah. Dorang selalu ulang alik dari Selangor – Johor, Johor – Selangor. Dalam satu sem tu memang tak terkira berapa kali dorang ulang alik. Lagi² aku ni jenis yang kalau weekend takde apa² aktiviti, confirm balik punya walaupun cuti Sabtu Ahad je. Dan aku jugak bukan jenis yang balik sendiri naik bas dari sem 1 sampai la sem 4. Eh tapi start sem 4 ni dah pandai dah naik bas dari Johor ke Selangor, tapi kalau Selangor ke Johor still Abah yang hantar, tak pernah naik bas lagi. Tapi dah ada kemajuan la kiranya kan? Hihi. Ni baru pengorbanan ulang alik, belum lagi pengorbanan yang lain. Nangis jugak la semalam bila teringat balik. Wuuu.

Tengah baring², tetiba dengar notification email dekat BB & Ipod. Terus bangun, pandang adik aku dekat sebelah. Serious time tu memang takut nak bukak, adik aku pulak paksa² bukak.

Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah… Aku dapat tebus balik result sem lepas. Syukur Alhamdulillah. Walaupun target aku sebelum masuk U untuk dapatkan DL every sem tak tercapai sebab tergelincir sipi² je sem lepas, tapi alhamdulillah, aku dapat tebus balik result yang tergelincir tu untuk sem ni.

Aku tak target tinggi sangat untuk sem ni, kalau cukup² makan pon aku bersyukur sangat dah. Sebab bila teringat balik apa yang jadi kat aku pertengahan Januari hari tu, aku skip banyak class, study main², study last minit bila ada test, memang aku tak harap lebih. Tapi alhamdulillah, thank you so much Ya Allah. I’m truly blessed :’)

Next target, kekalkan GPA dan CGPA untuk last semester. Yeahhhh last semester ! InsyaAllah kalau takde pape, by the end of this year, habis lah diploma. InsyaAllah. Btw, thank you so much untuk Mama, Abah, Adik², Mohd Izzat dan kawan² yang tak putus² bagi semangat dan selalu ada sepanjang sem ni. Dan tahniah untuk kawan² semua especially my classmates ! 😀

Adakala kita perlu kepada derita, biar dihargai erti bahagia, bukanlah senang seperti disangka. Adakala jatuh itu adalah perlu, biar nanti terasa manisnya erti bangun itu, untuk engkau terus usaha tanpa jemu.


Page 33 of 36« First...1020...3132333435...Last »